Kehidupan peribadi Ahmad Dhani

Dhani berkahwin dengan Maia Estianty pada tahun 1996, selepas hubungan yang lama semasa Maia masih di sekolah menengah di SMA Negeri 2, Surabaya. Mereka mempunyai tiga orang anak yang dinamakan sempena pemimpin Sufi terkenal yang dikagumi Dhani, iaitu Ahmad Al Gazali, El Jalaluddin Rumi, dan Ahmad Abdul Qodir Jaelani. Bermula pada akhir 2006, Dhani dan isterinya terlibat dalam urusan 'tuduh-menuduh' yang membawa kepada saman perceraian itu difailkan oleh Maia Estianty. Perkahwinan mereka dibatalkan pada 23 September 2008 oleh Mahkamah Syariah Jakarta Selatan.

Dhani telah digambarkan[nyatakan menurut siapa?] sebagai salah seorang penghibur terkaya di Indonesia.

Pada bulan Ogos 2013, Dhani mengakui dia menjadi bapa kepada seorang anak perempuan, Saafeya, dengan penyanyi Mulan Jameela.[4]

Rujukan

WikiPedia: Ahmad Dhani http://www.smh.com.au/news/world/its-back-to-the-d... http://asiapacific.anu.edu.au/newmandala/2014/05/2... http://blitz.rmol.co/read/2013/08/06/121090/Dhani-... http://ahmaddhani.com/dhani/ http://www.ahmaddhani.com http://hot.detik.com/music/read/2012/01/09/161616/... http://jadiberita.com/blog/2011/07/07/ahmad-dhani-... http://republikcintamanagement.com/companyprofile/... http://nostalgia.tabloidnova.com/articles.asp?id=1... http://www.thejakartaglobe.com/news/ahmad-dhani-wi...